Posts

Showing posts from August, 2018

Papa yang aku sayangi

Image
20 Ogos 2018,tidak aku sangka bahawa tarikh yang asing dalam hidupku ini telah menjadi tarikh yang bersejarah dalam hidupku. Kembalinya papaku iaitu Shanizal bin Sharif,berumur 47 tahun,lahir pada 15 Februari 1971,kepada rahmatullah ketika azan maghrib malam Selasa.Perginya papa di depan mataku. Papa akhirnya dapat berehat di 'sana' setelah menderita selama 3 tahun dengan penyakit kencing manis yang membutakan mata sebelahnya dan melemahkan keupayaan berjalan.Sakit itu penghapus dosa,betapa sayangnya Allah kepada papa sehingga mengurniakan penyakit kepada papa sebagai penghapus dosa supaya papa dapat meninggal dalam keadaan dosa-dosanya terhapus dan insya-Allah dikurniakan syurga. Syukur kepada Allah kerana papa menghembuskan nafas terakhirnya ketika masuknya hari Arafah,dikurniakan tetamu yang ramai sebagai rezeki daripada Allah untuk mendoakan papa dan urusan pengebumian berjalan dengan lancar dan cepat. Papa yang aku kenali jenis yang tidak suka menonjolkan kasi