Papa yang aku sayangi
20 Ogos 2018,tidak aku sangka bahawa tarikh yang asing dalam hidupku ini telah menjadi tarikh yang bersejarah dalam hidupku.
Kembalinya papaku iaitu Shanizal bin Sharif,berumur 47 tahun,lahir pada 15 Februari 1971,kepada rahmatullah ketika azan maghrib malam Selasa.Perginya papa di depan mataku.
Papa akhirnya dapat berehat di 'sana' setelah menderita selama 3 tahun dengan penyakit kencing manis yang membutakan mata sebelahnya dan melemahkan keupayaan berjalan.Sakit itu penghapus dosa,betapa sayangnya Allah kepada papa sehingga mengurniakan penyakit kepada papa sebagai penghapus dosa supaya papa dapat meninggal dalam keadaan dosa-dosanya terhapus dan insya-Allah dikurniakan syurga.
Syukur kepada Allah kerana papa menghembuskan nafas terakhirnya ketika masuknya hari Arafah,dikurniakan tetamu yang ramai sebagai rezeki daripada Allah untuk mendoakan papa dan urusan pengebumian berjalan dengan lancar dan cepat.
Papa yang aku kenali jenis yang tidak suka menonjolkan kasih sayangnya kepada anak-anak dengan jelas walaupun dalam diam papa cuba untuk tunjukkan dengan selalu bertanya tentang kecukupan wang saku kami di sekolah dan selalu berusaha memenuhi keperluan dan kehendak kami walaupun kerjanya tidak mendatangkan hasil wang yang banyak.
Pada hari jadiku pada 29 Jun,itulah kali terakhir aku bersembang dengan papa.Papa yang selama ini tidak pernah menelefonku kecuali hal-hal penting tiba-tiba menelefonku dan itulah kali terakhir aku mendengar suaranya.
Walaupun papa tidak mampu bekerja yang mendatangkan gaji yang besar,tetapi papa mampu untuk membahagiakan dan menceriakan kami dengan kasih sayang dan gurauan sendanya.
Jikalau papa masih ada di sisi,ingin sahaja aku memeluk dan menyatakan perasaan sayang dan rinduku kepadanya.Semoga papa sentiasa bahagia dan hidup aman di alam 'sana'.
Itu sahajalah ringkasan kisahku ini,kepada mereka yang masih dikurniakan ibu bapa,hargailah meraka dan tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka.Janganlah susahkan hati mereka dan janganlah lukakan hati mereka kerana jika mereka pergi,mereka tidak lagi akan kembali untuk mendengar masalah kita,memberi nasihat dan teguran kepada kita dan mendidik kita hingga menjadi insan yang diredai Allah.
Semoga papa tenang di 'sana'.Berehatlah.
Assalamualaikum Daneish, salam takziah dari saya dan keluarga atas pemergian ayahanda Daneish. Jadikan peristiwa ini sebagai pendorong untuk kejayaan kita yg akan datang. Walau tanpa ayah, kita mesti lebih berjaya berbanding kawan2 lain di MRSM SAS sana. Saya doakan Daneish dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, semoga lebih berjaya dan lebih matang dalam mengharungi cabaran2 yg akan datang. Banyak2kan bersabar kerana sabar itu kunci kepada penyelesaian segala masalah..
ReplyDeleteSekali lagi, takziah dari saya dan keluarga..
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh ayahanda Daneish dan menempatkannya di kalangan hamba2Nya yg beriman.. InsyaAllah.
Faisal Yunus, 22.8.18
Trima ksih cik Faisal Yunus atas kata2 semangat cik,saya amatlah menghargai orang asing yg membantu saya ketika susah drpd kwn2 yg hnya hadir ketika senang.Apa2 pun semoga cik menjadi org yg berguna dlm masyarakat dan berjaya dlm hidup..trima ksih skali lgi..wallahualam assalamualaikum
Delete