Posts

Showing posts from June, 2018

Pengalaman belajar di MRSM Langkawi

Image
   Assalamualaikum dan aloha kpd smua pembaca yg saya kasihi sekalian. Alhamdulillah hri ni nk saya nk cite sikit pengalaman saya belajar kat MRSM Langkawi selama 3 tahun. Segala kenangan dan memori sepanjang belajar di sini yg msih terbuku di dalam hati ni akan saya cite la sikit. Rindu sbnrnya nk belajar kat sini sbb bnyk pengalaman pahit manis yg mematangkan saya untuk meneruskan hidup.Pergh ayat die.Insya-Allah saya cite dari awal2 msuk dulu pada thn 2015.    Pada 3 Mac 2015,hari pendaftaran saya sebagai second intake utk Form 1.Mmg nervous rsenye sbb first time belajar kat tmpt yg jauh beratus kilometer,dh la kat pulau pulak tu.Belajar kat Kedah,rumah kat Negeri Sembilan.Sebenarnya tak minta pun msuk situ,saya minta MRSM Alor Gajah tpi dpt MRSM Langkawi.Takpe la,Allah sebaik2 perancang.Selepas 2 minggu pertama bersekolah,waktu outing kami hari jumaat atau sabtu,kami gilir2 hari outing laki dgn perempuan,jdi time hri outing laki saya bawa fon nokia cikai (smartphone dihar

Pemimpin≠Bos,Pemimpin=Pembimbing

   Bismillah,pernah ada orang bertanya kepada saya,"Wei Daneish,apa pendapat kau tentang seorang pemimpin sebenar?".Persoalan ini masih menjadi tanda tanya segelintir masyarakat.Baiklah,saya akan huraikan apa yang saya faham tentang pemimpin sebenar: Pemimpin merupakan seseorang atau pun beberapa orang yang mentadbir atau pun menjadi ketua kepada sesebuah komuniti atau pun masyarakat. Hakikatnya,setiap orang ialah pemimpin,pemimpin yang memimpin diri sendiri untuk melakukan amar maaruf dan nahi mungkar serta beribadah kepada-Nya.Itulah sebenarnya pun tujuan manusia ini diciptakan mengikut kepercayaan agama Islam seperti yang dirakamkan dalam kitab suci Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 30 dan Az-Zariyat ayat 56. Jadi,bila disebut mengenai pemimpin sebenar,tugas mereka mestilah membimbing manusia ke jalan Allah.Jika seseorang itu pemimpin kepada sesebuah organisasi mahu pun komuniti,tugasnya mestilah menerapkan ajaran Islam dalam komunitinya serta membimbing mereka de

Salam sejahtera dunia!

   A ssalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian😀.Pertama dan selamanya,ingin saya ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang menulis blog pertama saya di sebuah MRSM di Perak.Selari dengan topik yang saya tulis iaitu 'Salam Sejahtera Dunia',ingin saya bercakap mengenai pemberian salam sebagai pengerat silaturahim masyarakat seantero dunia.    Para pembaca sekalian,setiap agama pastinya menekankan aspek perpaduan dalam sesebuah masyarakat.Antara perkara paling asas bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu ialah dengan mengamalkan budaya memberi salam sama ada memberi salam kepada yang tua mahupun yang muda. Jika di sekolah berasrama,telah menjadi kebiasaan untuk junior memberi salam kepada senior sebagai tanda penghormatan,tetapi tidak menjadi kesalahan atau pun tidak langsung menurunkan martabat seseorang senior itu jika dia memberi salam kepada junior kerana hal ini akan menunjukkan sikap kemesraan yang ada pada senior itu yang mu