Pengalaman belajar di MRSM Langkawi

   Assalamualaikum dan aloha kpd smua pembaca yg saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah hri ni nk saya nk cite sikit pengalaman saya belajar kat MRSM Langkawi selama 3 tahun.

Segala kenangan dan memori sepanjang belajar di sini yg msih terbuku di dalam hati ni akan saya cite la sikit.

Rindu sbnrnya nk belajar kat sini sbb bnyk pengalaman pahit manis yg mematangkan saya untuk meneruskan hidup.Pergh ayat die.Insya-Allah saya cite dari awal2 msuk dulu pada thn 2015.

   Pada 3 Mac 2015,hari pendaftaran saya sebagai second intake utk Form 1.Mmg nervous rsenye sbb first time belajar kat tmpt yg jauh beratus kilometer,dh la kat pulau pulak tu.Belajar kat Kedah,rumah kat Negeri Sembilan.Sebenarnya tak minta pun msuk situ,saya minta MRSM Alor Gajah tpi dpt MRSM Langkawi.Takpe la,Allah sebaik2 perancang.Selepas 2 minggu pertama bersekolah,waktu outing kami hari jumaat atau sabtu,kami gilir2 hari outing laki dgn perempuan,jdi time hri outing laki saya bawa fon nokia cikai (smartphone diharamkan bawa) pergi outing.Sbrnya takleh bawa fon masa outing,tpi saya bawa juga(nk tunjuk gengster la ni).Sekali bila cikgu raba2 kat poket seluar..Papp!! Kene tangkap,pastu masuk bilik ketua warden.Dh la baru Form 1,second intake pulak tu pastu dh msuk JDM(pelajar MRSM tau) selepas 2 minggu sekolah.Gengster tak?😎Ok2 haha,bnde buruk jgn diikut,amik yg baik je.

   Masa saya Form 2,saya amik jawatan BADAR(Badan Dakwah & Rohani) sbb saya sedar dgn jawatan ni saya ade kuasa untuk mengajak kwn2 buat baik dan cegah bnde yg tak elok selagi mampu.Saya mula mendapat kesedaran utk buat bnde ni sejak penghujung Form 1,apabila seorang BWP yg memegang jawatan Exco Putera ketika itu membuat roll call dgn bdk lelaki batch saya utk menegur kesalahan2 yg kami lakukan.Tegur ni sbnrnya tanda org tu sayang bkn bnci.Situasi ketika itu mmg tegang dan serius.Tiba2 ada satu bunyi yg sgt kuat dtg dri kalangan batch saya.Rupa²nya salah seorang drpd kami telah melepaskan satu gas yg kuat lagi busuk ketika situasi yg sgt tegang.Kemudian tiada siapa yg mengaku.Semua yg berada di situ tergelak termasuklah abg BWP yg sdg menegur kami tadi.

   Alhamdulillah,sbnrnya bnyk lagi pengalaman saya sepanjang belajar di sini.Segala pahit dan manis bersama2 rakan seperjuangan telah saya rasai.Pengalaman kene roll call,kes tak elok dlm batch,'Gerakan Islah',pengalaman jdi XYC Geo,bermalam di Pantai Chenang dan bnyk lagi memori dlm batch masih terngiang2 dlm benak fikiran.Entah bila lagi dapat bertemu dgn mereka.

Allahualam.Kita hanya mampu berdoa dan merancang,tetapi yg menentukan segalanya hanyalah Allah SWT yg berkuasa atas tiap² sesuatu.Itu saja drpd saya kali ini.Bye2 dan assalamualaikum.


Comments

  1. hi, saya dri batch Al-Falah(batch 18/22) dan saya ingin tau awak dri batch mna? estrella ke? nape baru 3 thn? bukn spatutnya stay smpai 5 thn ke kt lgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dri batch estrella,sbb saya ingin pindah ke tahfiz akademik tpi ingin dipendekkan cerita saya tak jdi dan masuk ke mrsm lain pula

      Delete
  2. Sah comment ini juga .. setahun kemudian baru direply 😐

    ReplyDelete
  3. Thanks and that i have a swell provide: Full House Reno house remodel before and after

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MRSM SAS menjadikan aku SASA

Papa yang aku sayangi