Pemimpin≠Bos,Pemimpin=Pembimbing
Bismillah,pernah ada orang bertanya kepada saya,"Wei Daneish,apa pendapat kau tentang seorang pemimpin sebenar?".Persoalan ini masih menjadi tanda tanya segelintir masyarakat.Baiklah,saya akan huraikan apa yang saya faham tentang pemimpin sebenar:
Pemimpin merupakan seseorang atau pun beberapa orang yang mentadbir atau pun menjadi ketua kepada sesebuah komuniti atau pun masyarakat.
Hakikatnya,setiap orang ialah pemimpin,pemimpin yang memimpin diri sendiri untuk melakukan amar maaruf dan nahi mungkar serta beribadah kepada-Nya.Itulah sebenarnya pun tujuan manusia ini diciptakan mengikut kepercayaan agama Islam seperti yang dirakamkan dalam kitab suci Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 30 dan Az-Zariyat ayat 56.
Jadi,bila disebut mengenai pemimpin sebenar,tugas mereka mestilah membimbing manusia ke jalan Allah.Jika seseorang itu pemimpin kepada sesebuah organisasi mahu pun komuniti,tugasnya mestilah menerapkan ajaran Islam dalam komunitinya serta membimbing mereka dengan dakwah islamiah dengan penuh hikmah dalam pada masa yang sama mereka tidak meninggalkan hal-hal yang bersifat duniawi yang bermanfaat kepada dirinya sendiri atau pun masyarakat.
Malang sekali apabila ramai diantara kita yang ingin mengambil jawatan atau pun mahu menjadi pemimpin semata-mata untuk menunjukkan kekuasaan masing-masing atau pun untuk kepentingan diri.
Mereka cuma suka mengarah dan menyuruh melakukan sekian-sekian sedangkan mereka tidak pun bertindak untuk membangunkan diri sendiri.
Konsep yang saya boleh perkatakan adalah seperti bos yang hanya suka mengarah.Baiklah jika boleh kita jauhkan diri daripada sikap seperti ini yang mendatangkan banyak kemudaratan.Pemimpin yang sebenar sememangnya mahukan diri sendiri dan masyarakat di bawah kepimpinannya bangkit bersama.
Baiklah itu sahaja perkongsian saya setakat ini.Semoga bermanfaat kepada semua.Salah dan silap mohon tegur.
Eh,sebelum tu saya ada teka-teki yg rmai dh tau kot tpi mngkin ade yg taktau..oklah bunyinya cmni..tpi dlm English :"What do you call a three humped camel?"
Oklah sekian assalamualaikum w.b.t..

Hampeh🌿😬👌
ReplyDelete