Salam sejahtera dunia!

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian😀.Pertama dan selamanya,ingin saya ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang menulis blog pertama saya di sebuah MRSM di Perak.Selari dengan topik yang saya tulis iaitu 'Salam Sejahtera Dunia',ingin saya bercakap mengenai pemberian salam sebagai pengerat silaturahim masyarakat seantero dunia.

   Para pembaca sekalian,setiap agama pastinya menekankan aspek perpaduan dalam sesebuah masyarakat.Antara perkara paling asas bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu ialah dengan mengamalkan budaya memberi salam sama ada memberi salam kepada yang tua mahupun yang muda.

Jika di sekolah berasrama,telah menjadi kebiasaan untuk junior memberi salam kepada senior sebagai tanda penghormatan,tetapi tidak menjadi kesalahan atau pun tidak langsung menurunkan martabat seseorang senior itu jika dia memberi salam kepada junior kerana hal ini akan menunjukkan sikap kemesraan yang ada pada senior itu yang mungkin dapat dijadikan contoh adik-adik dibawahnya.

Agama Islam sendiri menyuruh penganutnya supaya tidak mengamalkan sikap saling berpaling muka.

Para pembaca yang saya hargai,

Jika kita menginginkan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dalam sesuatu komuniti,segalanya mestilah bermula dengan diri sendiri kerana unsur terkecil dalam sesebuah komuniti ialah individu itu sendiri.

Jika kita tidak bertindak,bagaimana mungkin bergerak sesebuah komuniti itu ke arah kebaikan ibarat kereta tayar pancit yang tidak bergerak kerana tiada seorang pun yang ingin sama-sama mengepam tayar atau pun menolak kereta itu bersama-sama bagi menuju ke destinasi yang sepatutnya.

Akhirulkalam,saya berharap agar
para pembaca dapat membuka mata bagi meluaskan pandangan anda.










Jika mata tu seperti org yang mahu tidur,bukalah seluas-luasnya atau pun tahanlah mata itu menggunakan pencungkil gigi seperti yang dilakukan Mr Bean.Baiklah sekian,assalamualaikum.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman belajar di MRSM Langkawi

MRSM SAS menjadikan aku SASA

Papa yang aku sayangi