MRSM SAS menjadikan aku SASA
6 Mac 2018.
Aku masuk ke sini dengan perasaan gembira yang teramat selepas aku baru saja keluar daripada sistem MARA lebih kurang sebulan lebih dan terpanggil semula untuk sama-sama berada dalam sistem MARA semula.
Apa yang mengejutkan,yang memanggil aku untuk terus berada dalam sistem MARA itu ialah Pengarah MARA itu sendiri.
Sejenak aku terfikir apakah kelebihanku yang membuatkan aku terpanggil semula untuk bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA(MRSM)?
Pilihan diberi sama ada ingin meneruskan di MRSM Muar atau pun MRSM Kuala Kangsar AKA Sultan Azlan Shah.
Ok baiklah saya akan ceritakan dalam bahasa harian supaya lebih menghayati cerita saya ni.
Ok sambung:Kemudian aku teringat ketika aku di MRSM Langkawi dulu aku pernah menyertai satu pertandingan ni nama dia 'Ihtifal Mini Ulul Albab & Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia' yang berlangsung di MRSM Gemencheh pada tahun 2017.
Waktu tu aku tak masuk apa2 pun aku cuma jdi pengiring peserta je,sebenarnya pernah try nk masuk taranum tapi tak dapat.Tibe2 selang beberapa hari tu ustazah panggil balik sbb tiket feri ade lebih,untuk pengetahuan pembaca sebenarnya kami dari langkawi ni nak ke Gemencheh akan naik feri dari Langkawi ke jeti Kuala Perlis,jdi tiket tu ade lebih kemudian aku lah org yg ustazah pilih nk naik tuh.
Lepastu,aku bersyukur sgt dapat pergi,nk dipendekkan cite kami budak2 Langkawi dapat sebilik dengan budak2 MRSM Sultan Azlan Shah waktu ni.Time tu aku bilik dgn org2 ni yang sebelum tu aku mmg tak knal mereka ni(Zariff,Mujahid,Ilhan Syahmi,Umar Mukhtar).
Bila waktu nk balik pun balik sama2 dalam satu bas dgn mereka ni smpailah rnr Sungai Buloh barulah kami turun tukar bas akhirnya berpisah dengan mereka ni.
Okay,kembali kepada cerita tdi, aku pilih MRSM Sultan Azlan Shah(SAS) ni sbb aku teringat aku pernah jmpe mereka,bilik sama2,naik bas pun sama2,kiranya pernah berkawan lah dgn mereka ni,mereka pun baik2 saja jadi kat sne nanti senang la org pertama nk cari kawan dulu msti mereka.
Okay lepas tu aku masuk MRSM ni hari pertama kat sini kemudian aku ditakdirkan berjumpa dgn rakan sebilik aku ni name die Asyrani.Untuk pengetahuan semua Asyrani ni mmg org Perak,die duk Kampung Gajah tpi die ni pelat huruf 'R',kalo sebut 'Presiden' tu die akan sebut 'Pwesiden'.Hahaha gurau je Asy jgn mrh aku pulak kalo ko baca ni.
Hari pun berlalu dan aku hidup mcm biase kat sini smpai lah hari dimana borang BWP dikeluarkan.Budak2 MRSM confirm akan tau BWP ni apa,die mcm MPP kat SBP,mcm Pengawas kat sekolah harian haa mcm tu lebih kurang.
Aku pun terdetik niat nak amik borang tu.Ujian nk jdi seorang BWP ni bkn mudah,pembaca akan melalui beberapa fasa iaitu Interview,Manifesto dan Undian.
Alhamdulillah,aku bersyukur sbb dh berjaya nelepasi semua fasa tu dan undian aku waktu tu dpt 630/827,kira oklah tu walaupun ade yg lgi tinggi drpd aku.Alhamdulillah aku bersyukur gile lgi sekali sbb mmg niat aku nk amik jawatan tu sbb aku nak bangunkan ummah dan maktab je time tu,semoga Allah reda dgn niat aku(aminn).
Sepanjang aku jdi BWP ni banyak benda yang aku belajar,plg bnyk aku blaja ialah ilmu kehidupan,aku blaja cmne nk uruskan org,uruskan masa,uruskan stress dan plg penting istiqamah dlm blaja ilmu agama sbb apa? Sbb ilmu agama ni lah yg merangkumi segala dlm kehidupan dan akan menjaga ko insya-Allah.(tpi ilmu dunia pun kene balance gak hehe)
Walaupun manifesto aku tak dpt dijalankan,sbb apa hanya Allah yang tahu,tpi aku rse reda sbb aku dh jalani kehidupan aku sepanjang di sini dengan pelbagai dugaan dan cabaran dan cabaran aku terbesar ialah diri aku sendiri,tentang bagaimana kita ingin melawan diri kita drpd terus berfikir negatif,bermalasan dan sebgainya.
Alhamdulillah aku juga dikurniakan sahabat handai yang sentiasa berkongsi buah fikiran dan matlamat yg sama dalam menegakkan era kepimpimpan kami supaya lebih cekap dan boom dengan nasihat2 dan teguran2 yg diberi serta tunjuk ajar dengan harapan pelajar2 ni akhlak2 depa akan lebih terjaga sbb bila mana segalanya bermula dengan hati dan rohani,insya-Allah kita dpt bangunkan jasad yg akan menyumbangkan sesuatu kpd masyarakat kelak.
"The greatest person is the one who benefits others."-diterjemah drpd sabda nabi Muhammad SAW yang berbunyi: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni.
Haa lbih kurang gitu bunyinya.
Wallahualam assalamualaikum w.b.t.
2 Mei 2019
Dan aku pun bersara dari MRSM SAS.Jasamu akan tetapku kenang,sahabat handai akan tetapku rindukan. :)
MasyaAllah kenangan ngan²😬
ReplyDeleteKena buli tak masa sek situ?
ReplyDeletehey I accidentally comes across your blog and it was really fun to read, I am a student of mrsm sultan azlan shah and also currently one of the bwp, wherever you are right now, I hope youre doing well.
ReplyDelete